Ramadhan yang dinanti...

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada semua umat Islam yang akan tiba 2 minggu lagi.. Semoga ramadhan tahun ni penuh dengan keberkatan dan barakah hendaknya. Bercakap pasal bulan puasa, banyak kejadian yang berlaku pada bulan puasa di dalam hidup aku.. Banyak kenangan pahit manis aku lalui.. Pada Ramadhan 2003 dan masa tu aku form 2, Mak pergi meninggalkan kami adik beradik.. It's kind of peculiar sebab masa sebelum mak meninggal dunia beberapa minit selepas berbuka puasa, aku dapat rasakan yang mak akan pergi buat selama-lamanya.. Lepas berbuka, aku cepat-cepat pergi solat maghrib dan masa doa tu, aku berdoa "Ya Allah Ya Tuhan ku, sekiranya kau mahu mengambil mak dari kami, kami redho.. Ambillah dia dengan keadaan yang tenang supaya dia takkan merasa lagi derita di dunia ni.." Lama sangat mak menderita sejak arwah ayah meninggal pada tahun 1999 masa tu Birthday aku yang ke 10(15/July/1999). Lepas je aku selesai solat maghrib, kakak aku kejutkan mak tapi mak tak bangun. Kedua-dua kakak aku mula menangis teresak-esak dan aku terus panggil jiran tetangga & one of my jiran call nurse kampung utk tengok-tengokkan mak. Sampai je nurse tu, dia mengesahkan  mak dah tak ada. Suasana hiba menyeliputi senja Ramadhan.. Aku tak mengeluarkan air mata pun masa nurse tu announced mak dah tak ada.. Mungkin sebab aku rasa dah banyak mak menderita dan itulah masanya untuk mak rehat di alam sana.. Aku pun mestilah mengorak langkah untuk terus berjalan diatas arus bergelora yang tak pernah ada kesudahannya sepanjang ketiadaan Mak dan Ayah di dunia.. I am not seeking for sympathy here but I would like to express myself and tell to the world that whatever happen in our life, remember there's always a way out to all those difficulties that we've been through.. Cewahh cakap omputeh pulak kann.. huhuhu.. Hmmm.. Begitulah Ramadhan yang sangat pedih yang pernah aku lalui..


Comments

Popular posts from this blog

My Journey to Lombok, Indonesia 2018

My Journey to Bali, Indonesia